A Malaysian Author

Debut - Terbitan 2024 | K-Lit - Karangkraf

TAKHTA MAYALOKA

Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut – sebuah permainan AR yang menghubungkan dunia maya dengan dunia sebenar. Masing-masing giat bertanding sesama sendiri demi mendapatkan ranking tertinggi, kecuali Ashraf Anwar.

Selaku seorang pemain e-Sports, bagi Ashraf dunia AR yang terlalu sempuar itu amat mencurigakan. Lebih-lebih lagi, apabila muncul satu artikel tentang kematian pelajar yang menimbulkan keresahan ramai. Pihak yang bertanggungjawab pantas bertindak memadam artikel tersebut, memberi jaminan bahawa permainan AR mereka masih selamat.

Tidak mahu nyawa menjadi galang ganti untuk keseronokan duniawi, Ashraf memulakan siasatan. Mencari cela dalam dunia maya yang dikhabarkan sempurna.

Terbitan 2025 | Magic Bean - Gempak Starz

MUSLIHAT TITIAN EMAS - LAGENDA GUNUNG LEDANG

Bila kisah legenda bukan sekadar dongengan…

Samara mahu mendaki Gunung Ledang untuk menikmati alam dan belajar tentang legendanya. Tetapi dia terpisah daripada kumpulannya, sendirian di tengah hutan. Samara terlihat satu kilauan emas di celahan runtuhan tanah! Mungkinkah itu titian emas yang disebut dalam kisah legenda Puteri Gunung Ledang?

Samara tekad membuktikan ia benar-benar wujud setelah ceritanya tidak dipercayai rakan lain. Maka bermulalah pencarian merentasi kampung terpencil, hutan penuh muslihat dan jejak legenda. Dengan bantuan Risha yang memperkenalkan diri sebagai pengkaji sejarah, mereka mencari seorang nenek yang dikatakan tahu rahsia sebenar Gunung Ledang.

“Dilihat boleh, dipegang jangan.”

Itu syarat yang diberikan kepada mereka. Namun apabila tamak menguasai, janji hanya tinggal janji.

Novel Seterusnya

“Percaya atau tidak, masa depan anda berjaya kami ramalkan. Malah, 98% akan menjadi nyata.”

Follow my social media for updates:

Subscribe and follow my writing journey

Scroll to Top